Friday, November 7, 2008

KEADAAN POLITIK MALAYSIA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

Kemelut politik Malaysia dilihat sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan apabila berlaku pelbagai penyelewengan-penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin semakin serius.

Tindakan kerajaan membatalkan pembelian helicopter EC725 daripada syarikat Eurocopter baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan dan reaksi dikalangan rakyat. Pembaziran wang negara berlaku begitu besar. Skandal ini sangat serius dalam keaadaan ianya melibatkan RM 2.317 bilion. Sedangkan harga pembelian tersebut lebih mahal harganya berbanding dengan negara lain. Seandainya wang tersebut diagihkan kepada rakyat di negara ini, pastinya ia dapat menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia.

Bagi saya, penyelewengan wang rakyat sudah sampai ke suatu tahap yang sangat parah, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini yang sangat membimbangkan. Kami sebagai mahasiwa menggesa supaya Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Khas untuk menyiasat isu ini dengan lebih telus dan adil. Sememangnya rakyat tidak mengizinkan sama sekali pengkianatan terhadap wang rakyat berlaku dengan sewenang-wenangnya. Kita tidak mahu apabila pemimpin tamakkan kuasa rakyat akan menjadi mangsa.

Kebimbangan ini bertambah serius apabila keputusan mahkamah membebaskan Razak Baginda dilihat sebagai ketidaktelusan kerajaan menyelesaikan kes ini. Isu yang lebih penting ialah persepsi umum yang yakin bahawa penyiasatan ini tidak dijalankan dengan profesional dan bebas.

Saya merasakan keputusan mahkamah untuk membebaskan Razak Baginda telah dipengaruhi oleh kuasa politik. Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku , bagi saya, ini adalah satu tindakan yang berbahaya dan akan mencemarkan badan kehakiman di Negara ini. Keputusan mahkamah tersebut tidak akan meredakan persoalan-persoalan yang timbul dalam kes Altantuya, malah menimbulkan kesangsian ramai .

Kes ini mendapat perhatian masyarakat dunia. Masyarakat dunia dan rakyat sudah hilang kepercayaan lagi dengan sistem dan kehakiman di Malaysia.

Kita mengharapkan kerajaan dapat membuat satu perubahan yang drastik dalam pentadbiran negara untuk meyakinkan semula kepercayaan masyarakat dunia dan rakyat di negara ini. Tindakkan segera perlu diambil demi menjamin kestabilan politik terus berada pada tahap yang baik.


Tuesday, November 4, 2008

Salam Perjuangan Kepada Sahabat2ku Sekalian..

Terlebih dahulu aku memohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana menyepi seketika disebabkan kesuntukan masa dan beberapa masalah yang menimpa diriku, menyebabkan cetusan warkah tidak dapat dikongsi dengan sahabat2 sekalian.

Menjadi lumrah didalam diary seorang perjuang, masalah dan halangan inilah akan mendidik jiwa dan merasakan diri ini sebagai hamba yang begitu hina, serta berusaha untuk mendekatkan hubungan dengan Allah..lebih-lebih lagi merasakan kelompangan amalan2 yang masih belum dapat ditampung serta bebanan dosa yang ditanggung masih belum terhapus..

Cabaran ini bukanlah menjadi satu halangan untuk meneruskan kesinambungan menyampaikan risalah suci ini kepada seluruh umat manusia… bagiku semua ini akan menjadi satu suntikan semangat untuk terus mendaulatkan syiar Islam di bumi ini..

Sebelumku pergi lebih jauh, dikesempatan yang ada ini, masih belum terlambat ku ucapkan selamat menghadapi final exam 2008 kepada sahabat2 semua. Harapanku semoga kalian dapat mengulangkaji dengan sebaiknya..dan jangan lupa pergatuangan kita kepada Allah, dialah penentu segala-galanya..sering ku mohon doa kepadanya Ya Allah sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan, maka kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara, dan sekiranya kejayaanku membuat aku jauh daripada Islam dan perjuangan, maka kau lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku..”

Kuharapkan kepada sahabat2 sekalian janganlah menjadikan tempoh ini sebagai alasan untuk mengabaikan tugas2 kewajipan dakwah. Biarlah didalam setiap waktu diperuntukan satu minit untuk memikirkan tentang perjuangan..

Tugas-tugas dakwah masih banyak belum diselesaikan dan akan menjadi tangujawab kepada kita utntuk menyelesaikanya.. Kerana matlamat pejuangan masih lagi jauh dihadapan, ia memerlukan kepada kesungguhan, kesabaran dan keazaman yang begitu kuat untuk mencapai matlamat tersebut..

Kemuncup2 didalam perjuangan hendaklah diabaikan kerana ia akan membantutkan perjuangan. Segala masalah dan cabaran yang dihadapi dalam perjuangan akan menjadikan diri lebih matang untuk berhadapan dengan kepelbagaian madu’ diluar sana..

Berkat usaha gigih kalian. Insyaallah, Allah tidak akan memungkirkan janjinya bahawa pertolongan daripadanya sudah pasti ada, cuma masa yang menentukanya.. berdoalah selalu supaya kita mati dalam perjuangan Islam seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad s.a.w "Wahai hati yang berbolak balik, tetapkanlah hati dalam agamamu". Apa yang aku harapakan sebelum melangakahkan kaki aku dari bumi UKM tidak sabar aku menantikan kegemilangan Islam bersinar dibumi UKM yang ku cinta ini..kerana disinilah tempatku dididik dan ditarbiah sebelum menerjah kelapangan yang sebenar yang penuh dengan cabaran dan dugaan

Sekianlah sahaja coretan warkahku ini, ku mohon beribu2 kemahaafan sekiranya ada terkasar bahasa, salah dan silap harap dimaafi..YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH YANG LEMAH ITU DATANG DARI KELEMAHAN DIRIKU SEBAGAI INSAN YANG HINA INI..

Wasalam…

Friday, October 24, 2008

GERAKAN MAHASISWA ISLAM DI IPT


SUARA KAMPUS MELEDAKAN PERUBAHAN

Kata-kata laungan keramat “Dunia ini adalah milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah! Ya, ungkapan ini ada kebenaranya yang tersendiri apabila apabila kita menyemak lipatan sejarah memgenai episod perubahan politik dan sosial yang berlaku di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Rasulullah s.a.w dibangkitkan dengan anak muda yang berani menentang arus jahiliyyah serta sanggup berdada dan menyingsing lengan dengan penguasa yang zalim. Madrasah Nabi s.a.w telah melahirkan ramai pemuda-pemuda dakwah seperti Mus’ab bin Umair, Talhah bin Abi Ubaidillah, Zubair bin al Awwam, Saidina Abu Bakar, Utman bin Affan, Arqam bin Abi Arqam, mereka adalah anak-anak muda yang terasuh dengan semangat yang kental oleh baginda Nabi s.a.w.

Dekad 90-an reformasi adalah laungan keramat yang dikumandangkan oleh mahasiswa-mahasiswa di tengah jalan raya pada bualn Mei 1998 di Jarkarta dengan tekad untuk menggulingkan regim Soerharto. Kebobrokan order baru ini selama 32 tahun sangat menjolok mata di negara 240 juta penduduk dan sarat dengan kemiskinan tegar walaupun mempunyai hasil bumi yang lumayan. Lebih lagi apabila kekyaan negara apabila telah dibolot oleh elit ekonomi kaum China dengan persengkokolan mereka dengan politikus yang korup. Empangan kesabaran akhirnya pecah, pelajar-pelajar Universiti telah turun ke jalanraya menuntut perubahan dan keadilan untuk rakyat dan akhirnya menyaksikan tiga orang pelajar Universiti Trisakti telah menjadi korban dalam peristiwa bantahan ini, kematian siswa inilah menjai titik permulaan membawa kepada kerusuhan yang lebih besar sehingga Soerharto di lunsurkan daripada takhtanya.

Catatan di atas hanyalah sekelumit sketsa dan potret perjuangan mahasiswa menggerakkan arus perubahan rakyat. Regim tirani di sepanjang denai sejarah sering tersungkur berhadapan dengan gerakkan pelajar dan inilah menjadi alasan mengapa regim yang korup akan merantai dan mengatup rapat suara daripada kampus.

Suara mahasiswa adalah suara keramat yang menjadi cerminan kepada kegelisahan rakyat marhain. Laungan nyaring mereka adalah detak hati yang merindui masyarakat adil tetegak di atas muka bumi tercinta ini.

Thursday, October 23, 2008

UNDANG-UNDANG ISLAM

UNDANG-UNDANG ISLAM PERLU DILAKSANAKAN BAGI MENYELAMATKAN MARUAH UMAT ISLAM

Sensitiviti umat Islam tercabar, apabila isu Nor'Aisyah Bokhari yang cuba dimurtadkan mengemparkan nega- ra, sehingga kini kehilangan Nor'Aisyah masih menjadi tanda tanya, di manakah dia menghilang ?

Pelbagai pihak memberi reaksi, namun ini bukanlah perkara yang pertama kalinya berlaku, sejak dari kes Natrah, Noor Baizura Abdullah hinggalah mutakhir ini Nor' Aisyah Bokhari dan akhir-akhir ini tampil beberapa individu mendedahkan kes murtad yang berlaku dikalangan ahli keluarga mereka.

Sebelum kes Nor'Aisyah, Harakah juga pernah mendedahkan beberapa kes murtad seperti Hartina Kamaruddin iaitu seorang wanita India Muslim dan Norfadzillah Abdul Aziz.

Walaupun kes Hartina dan Norfadzillah adalah kes pertukaran kepada agama Hindu, namun timbul persoalan di sini, keberanian gerakan Kristian dan gerakan Hindu memurtadkan umat Islam di negara ini. Apa yang menyedihkan lagi, pihak kerajaan membiarkan sahaja satu demi satu umat Islam dimurtadkan dan amatlah jelas Kerajaan Barisan Nasional lalai dan alpa serta membenarkan komplot tersebut membuat kerja-kerja yang boleh membakar sensitiviti umat Islam.

Pihak polis, Persatuan Ulama', Persatuan Pelajar-pelajar Universiti dan PAS telah mengambil inisiatif dan menunjukkan keperihatinan dalam dalam menangani isu ini dengan mengeluarkan kernyataan masing-masing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim telah mengginggatkan keluarga Joseph Arnold supaya isu Nor'Aisyah ini tidak menjadi seperti isu Natrah di Singapura yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di pulau itu. Apa yang jelas pihak polis menghendaki semua pihak yang terbabit dalam kes tersebut tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan.

Kes Nor'Aisyah ini telah membuka mata umat Islam bahawa 5,000 umat Islam murtad telah sepanjang pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di bumi Malaysia. Pelbagai pihak mendesak menteri di Jabatan Perdana Menteri meletak jawatan ekoran kegagalannya menangani kes murtad ini.

Tapi apa yang mendukacitakan kita kernyataan "Kita sedang mengkaji berhubung perkara murtad" yang dikeluarkan oleh 'Mid bin Man' menteri tersebut, mengaibkan dan tidak layak dikatakan sebagai seorang yang menjaga hal ehwal agama Islam di negara ini. Apakah perlu dikaji lagi sedangkan sudah termaktud di dalam al Quran dengan jelas berhubung hukuman orang yang murtad. Apakah menteri tersebut tidak pernah membaca buku atau kitab yang diterbitkan oleh Jabatannya. Di dalam Mustika Hadith halaman 411 yang diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri ada menjelaskan tentang hukuman orang yang murtad.

Pak Menteri kita pun mendendangkan nadanya dengan berkata "kita perlu berhati-hati menangani kes ini kerana dunia sedang memerhati kita". Apakah lupa beliau siapakah yang sedang memerhati ? Di bumi manakah beliau sedang berpijak ? Di manakah beliau sedang perpayung ? Tidakkah beliau terfikir ada kuasa yang Maha Agung sedang memerhatikannya.

Kita ingin bertanya di manakah Pergerakan Pemuda UMNO yang selama ini sibuk dengan strategi mengumpul wang dan meningkatkan rizab negara. Apakah penderian mereka berhubung dengan soal maruah dan akidah umat Islam ? Apa yang jelas Pergerakan Pemuda UMNO tidak peka dengan permasalahan sensitiviti umat Islam, malah mereka ini terus memekak telinga dan mebisu kelu. Apakah mereka ingin melihat lebih ramai lagi umat Islam murtad, maka barulah mereka ingin bertindak ?

Sekiranya undang-undang murtad tidak dijalankan maka sudah pastilah murtad kekal tanpa penghujung dan adalah menjadi tanggungjawab umat Islam menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang bagimemastikan terpacaknya Daulah Islamiah di bumi Malaysia ini

Sikap dan kepekaan PAS haruslah dipuji di mana Badan Bertindak Anti Murtad telah melancar- kan. Kempen meyebarkan 100,000 poster yang bertajuk "Ya Aisyah! Kembalilah kepakuan Islam dan Ibubapamu". Pejabat Harakah juga dihujani dengan pelbagai pangggilan telefon dari seluruh pelusuk negara.

Tidak mempunyai pendidikan agama yang cukup dan sempurna, suasana sekeliling yang tidak menjadi benteng kepada pencegahan gejala murtad dan tekanan ekonomi merupakan faktor penyebab kepada kegawatan masalah ini.

Selain itu kelemahan sistem pendidikan Islam yang tidak menekankan pengajian akidah untuk menguat dan mengukuhkan keimanan dan keislaman seseorang juga menyebabkan berlakunya gejala tersebut. Sekiranya syariat Islam tidak didaulatkan di negara kita maka akidah umat Islam begitu mudah 'diratah' oleh pihak musuh.

Menteri di Jabatan Pendana Menteri telah didesak untuk menyegerakan penggubalan undang- undang murtad sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini. Apa yang mendukacitakan selepas janji dibuat oleh menteri berkenaan, semakin ramai lagi umat Islam murtad di negara kita.

Mantam Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Mohd Noor dalam kernyataannya mendesak undang-undang murtad perlu dilaksanakan segera bagi memberi perlindungan kepada akidah umat Islam. Menurutnya lagi, selagi undang-undang ini tidak dilaksanakan, Kerajaan Barisan Nasional hanya menipu rakyat yang bergama Islam dengan berselindung disebalik slogan Islam sebagai agama rasmi.



PENDIDIKAN ANAK-ANAK

NILAI RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM PERLU DITERPKAN DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Rukun Islam mengandungi 5 perkara dan rukun Iman pula ada 6 perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail AS : Maksudnya : “Wahai Muhammad! Apakah dia Rukun Islam? Rasulullah SAW menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu". Jibrail AS berkata: "Benar jawapanmu". Jibrail AS berkata lagi: "Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia Rukun Iman?" Rasulullah SAW menjawab: "Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”. [Riwayat Bukhari]
Berdasarkan kepada Hadis di atas, maka fahamlah kita bahawa asas kehidupan kita adalah dengan menghayati Rukun-rukun yang telah diberitahu di atas. Perkara yang baik mestilah dibiasakan dari anak-anak kita kecil lagi. Kenapa pula perlu ajar sejak dari dini? Sebab tu lah yang muncul peribahasa ke simpulan bahasa ‘MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA’. Semua amalan terpuji mestilah kita mulakan dari awal kelahiran anak-anak. Apabila mereka dah terbiasa, besar nanti kita tidak akan susah hati lagi. Testimoni ada depan mata saya sendiri. Seorang ibu yang terlalu manjakan anak dia sendiri sampai selalu tak kejutkan subuh, tak mendekatkan dia dengan ajaran Islam, maka sekarang dia menderita bilamana anak dia takmaulagi solat walau umur dah besau panjang.

Alangkah kecewanya… Kemungkinannya kita perlu meminta mereka menghafalkan semua rukun ni. Selain ada dalam silibus sekolah dia, perkara ni yang lebih penting adalah silibus kehidupan. Mereka perlu difahami bahawa rukun-rukun ini akan menjadikan mereka sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syarak. Ini supaya mereka terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani. Salah satu teknik paling mega yang saya mahu cadangkan adalah perlunya kita dengan kerap sekali menyebut nama ALLAH dalam setiap nasihat yang kita tuturkan pada anak serta berusaha untuk mendidik anak-anak kita ke arah mencintai ALLAH dan RasulNya.

Tuesday, October 21, 2008

PEMBENTUKAN KELUARGA MUSLIM

Asas -Asas Pembentukan Keluarga Muslim

Salah satu aspek penting dalam persiapan untuk melalui hidup secara Islam adalah membina keluarga kita supaya menjadi keluarga muslim. Rumah tangga yang mempunyai ciri-ciri keIslaman yang sebenarnya sahaja boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan tarbawi (bercirikan tarbiyyah Islam) yang akan menjuruskan kepada kasih sayang, hormat menghormati serta perlaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman. Artikel ini cuba membentangkan persoalan rumah tangga Islam dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak kita yang mampu menghayati Islam secara slalui kehidupan mereka sepertimana yang Allah SWT kehendaki dan seterusnya memikul tanggungjawab Islam dengan menumpukan perbincangan kepada beberapa aspek komunikasi dalam rumah tangga tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan keluarga muslim adalah keluarga yang mendasarkan segala aktivitinya pada pembentukan keluarga yang sesuai dengan syari`at Islam. Berdasarkan al Qur`an dan As Sunnah, terdapat beberapa tujuan terpenting pembentukan rumah tangga muslim ini, iaitu:

(a) mendirikan syari`at Allah dalam segala permasalahan rumah tangga;

(b) mengwujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan ruh;

(c) mengwujudkan Sunnah RasuluLlah SAW dengan melahirkan anak-anak soleh sehingga umat manusia merasa bangga akan kehadiran kita;

(d) memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak, dan ketidakseimbangan atau ketandusan cinta kasih ini akan menyebabkan penyimpang akhlaq dan perilaku;

Di dalam persoalan perkahwinan dan seterusnya pembentukan keluarga muslim ini, Islam tidak menyempitkan perkahwinan itu hanya untuk mendapatkan anak-anak soleh, walaupun ini adalah salah satu tujuan utama; atau untuk mengekang pandangan dan menjaga kemaluan, walaupun ini juga salah satu matlamat perkahwinan; dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syar'ie sahaja; tetapi Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi; lebih mulia dan lebih jauh jangkauannya. Ianya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, pembangunan umat, serta perlaksanaan amal Islam yang luas.

Walaupun antara matlamat terpenting dalam pembentukan keluarga muslim ini adalah untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang subur untuk mendidik anak-anak tetapi Islam telah menentukan bahawa perlanjutan zuriat itu yang utamanya adalah bermatlamatkan da'wah dan jihad

PENGHAYATAN ISLAM

Mari Bekerja Untuk Keizzahan Islam

Abad ke 21 menyaksikan pelbagai cabaran yang kental pada Islam.Tidak sudah dengan penghinaan terhadap Rasulullah oleh para musuh Islam, dunia dikejutkan pula dengan keberanian para musuh Islam memijak kemuliaan Al-Quran. Tertanggalnya dua pedoman utama dari majoriti umat Islam di dunia ini, makin memburukkan keadaan.

Rentetan ini, dapat kita simpulkan bahawa perlunya ada satu generasi kembali bersungguh mendaulatkan Islam sebagai cita-cita utama.Umat Islam diharapkan agar tidak lagi hanya banyak berbicara dan mengkritik semata, tapi perlulah mula bangkit merancang dan terus bekerja dan bekerja sehingga sampai kemenangan pada Islam itu sendiri.

Jika direnungi kejayaan umat terdahulu, dapat kita insafi bersama, betapa kejiddiyahan mereka dalam mempertahankan agama suci ini tiada tolok bandingannya.Apakah resepi kejayaan mereka adalah mengutamakan mencari kelemahan gerakan sendiri semata berbanding bergerak terus ke hadapan menghadapi musuh?

Bersama meneliti dan menghayati sirah betapa pejuang-pejuang terdahulu tidak punya masa untuk berbalah sesama mereka kerana matlamat menegakkan nur Islam di muka bumi sentiasa menjadi topik meniti di bibir.Singkaplah pujian yang diberikan oleh Ibn Shaddad pada peribadi mujahid ulung, Salahuddin Al-Ayyubi – Kerana terbakar dengan semangat bagi memerangi tentera Salib, jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Tariq bin Ziyad sanggup membakar kapal-kapal perang untuk membakar semangat juang para ansorullah. Panglima Islam Jaafar bin Abi Talib sanggup mengorbankan diri sehingga ditetak dua badannya, dicincang lumat mayatnya semata-mata mempertahankan panji Islam yang menjadi inspirasi tentera Islam dalam perang Muktah.

Kini, timbul persoalan, apakah ruh-ruh perjuangan itu sudah semakin pudar rasanya di kalangan umat Islam sekarang? Di manakah semangat Sultan Al-Fateh dalam jiwa-jiwa belia Islam sekarang?

Umat terdahulu, bukan berperang berbekalkan semangat kosong.Ilmu dikutip, thaqofah dimantapkan, segala strategi dan perancangan sesudah perang turut diperhalusi sebagai persediaan masa depan. Paling utama, mereka mengasah senjata ketaqwaan dan keimanan yang terpasak satu pada yang Maha Esa berpandukan ajaran Al-Quran dan sunnah.Bagi mereka, umat Islam harus dipandang paling mulia antara semua.Matlamat perjuangan sama ada syahid atau menang.

Justifikasi, sebagai pewaris kemuliaan Islam, umat Islam terutama lagi generasi muda sekarang haruslah menggandakan lagi usaha dan persediaan selari dengan perkembangan semasa demi Islam.Kita tahu, ekonomi, bidang-bidang profesional dan media yang utama masih terlalu jauh kita ketinggalan, namun sebagai golongan muda, kita harus optimis.Kita masih punya tenaga yang banyak dan kudrat kita masih boleh dimanipulasi untuk membuat persediaan jangkamasa panjang.Semua perkara ini mampu kita realisasikan asalkan mita mahu membuat perubahan itu dan mula berubah.

Zaman sekarang adalah zaman merebut setiap peluang.Kita akan tewas seandainya kita masih bergerak seperti takuk lama.Setiap individu kita harus pantas bergerak selari masa dan bijak bermain peluang yang timbul untuk Islam.Tetapkan matlamat kita semuanya demi Islam.

Kita tidak boleh terlalu terikat seperti robot dalam bergerak.Pendakwah muda harus bijak dan bergerak seperti air di terusan yang sentiasa mengalir dan bukannya bertakung,membusuk di sesuatu tempat.Dunia kini perlukan jiwa muda yang terbakar dan bijak serta bersungguh dalam bergerak kerja.

Oleh itu, saya menyeru, pada keseluruhan mahasiswa Islam amnya dan FPI khasnya, bersamalah kita semua menanam ruh-ruh perjuangan itu. Jadikan walau di mana kita berada, kita mampu menghidupkan cahaya Islam di situ.Kadang kala, seandainya tiada arahan dari mana-mana pihak untuk membuat kerja-kerja Islam, jadikan diri anda perintis dan pencetus pada permulaan gelombang tersebut.Jangan biarkan di mana-mana tempat kita berpijak, malap dengan sinar agama Allah ini.Tetapkan niat, bekerja untuk Islam semata.Bukanlah matlamat kerja hanya terfokus dan terikat pada mana-mana persatuan, atau pertubuhan mahupun parti semata.Malah kita juga, mesti bekerja untuk ISLAM itu sendiri.

Kerja untuk Islam terlalu banyak dan tidak terhad pada program rasmi semata.Malah, menawan hati keluarga dan masyarakat melalui kenduri santai contohnya, juga adalah kerja ISLAM.Belajar malah bekerja sehingga menkagumkan orang lain terutama yang bukan Islam jug,a mampu mencerminkan bahawa kita sudah mengizzahkan Islam itu sendiri.

Jadikanlah kita sebagai anak-anak panah muda yang sudah bersedia bermatian mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi mulai hari ini.

Gunalah setiap ruang dan peluang yang tiba.Bekerjalah dan terus bekerja demi Islam.Jadilah penggerak, bukan penonton.Jadilah pencetus, bukan pengomen yang boleh membunuh.Jadilah pendokong aktif dan bukan pejuang yang pasif.

Kata Allah, berbuatlah, Allah dan Rasulullah akan memerhati, dan orang-orang beriman menjadi saksi.

EKONOMI ISLAM

MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PEREKONOMIAN ISLAM


Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia sentiasa berusaha menterjemahkan ekonomi berasaskan Islam dalam urusan tindak-tanduk pentadbirannya. Antara aspek ekonomi yang diberikan perhatian pengenalan produk dan perkhidmatan yang selari dengan syariat Islam.Usaha ini diawali dengan penubuhanTabung Haji pada tahun 1969,penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan penawaran skim perbankan Islam.

Walaupun pada awalnya masyarakat, termasuk yang Islam, meragui dan sinis terhadap usaha kerajaan memperkenalkan perkhidmatan “berbau Islan”ini, kini sambutan terhadapnya semakin baik.Sedikit demi sedikit masyarakat Islam sudah mengalihkan urusanya kepada perbankan Islam.

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadziah,Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, melihat “Halal”sebagai jenama yang meliputi aktiviti ekonomi yang lebih luas.Selain perbankan Islam, produk dan perkhidmata Islam dipelbagaikan dengan meneroka industri halal pula.Hal ini demikian kerana industri perdaganagan halal dunia menjana pulangan sekurang-kurangnya AS$580 bilion dan Malaysia hanya menikmati satu hingga dua peratus sahaja.Dalam hal ini, pengusaha Islam perlu merebut peluang yang selama ini dimanfaatkan oleh orang bukan Islam.

Industri halal tidak tertumpu pada produk makanan halal sahaja.Menurut Mohamad Sofee Razak dalam makalah Malaysia “Sebagai Pusat Halal Dunia”,industri halal turut meliputi perkhidmatan logistic, pembungkusan, penjenamaan , pemasaran, farmaseutikal,dan dandanan diri dan kosmetik.Dalam perkataan lain perkara halal dan haram tidak tertumpu pada makanan sahaja malah lebih pada itu.Menyedari hakikat ini ISIUKM telah mengorak langkah kehadapan dengan ,menganjurkan Karnival Barangan Halal pada Februari 2008 akan datang bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa khasnya.

Kebangkitan ekonomi Islam di seluruh dunia digambarkan dengan persetujuan Perdagangan Bebas (FTA) yang menyaksikan dunia sebagai pasaran tunggal semua produk dan perkhidmatan menyebabkan banyak bank Barat, terutamanya dari Amerika Syarikat beria-ia menembusi pasaran Malaysia. Perkataan “Islamik”sudah tidak merujuk kepada politik Islam lagi tetapi kepada sistem ekonomi,kewangan dan perbankan Islam.

Penubuhan Bank al-Rajhi dari Arab Saudi di Malaysia boleh menjadi mangkin kepada gerakan pengukuhan ekonomi berteraskan Islam bukan sahaja dalam perbankan malah perkhidmatan halal yang lain.Hal ini menunjukan keyakinan bangsa asing bahawa

Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai pusat perdagangan halal dunia.

Masyarakat Islam perlu diberikan penerangan tentang ekonomi Islam,produk dan perkhidmatan Islam sejelas-jelasnya berdasarkan fakta dan hukum.Mereka hendaklah diyakinkan supaya menjadikan produk dan perkhidmatan Islam sebagai pilihan utama tanpa was-was.Apabila orang Islam menggunakan produk dan perkhidmatan Islam, orang bukan Islam juga akan turut serta memanfaatkanya.

AKIDAH ISLAM

AKIDAH DAN TUNTUTANYA

Segala puji bagi Allah. Kita memuji – Nya serta memohon keampunan daripada – Nya. Kita berlindung dengan Allah dari kejahatan diri kita dan perbuatan kita sendiri. Orang–orang yang diberi hidayat oleh Allah maka ia tidakkan menemui kesesatan dan orang yang disesatkan oleh Allah maka ia tidak akan diberi petunjuk. Selawat dan salam atas nabi Muhammad ( saw ) yang tidak ada nabi selepasnya.

Persoalan akidah adalah persoalan pokok. Ia perlu diperkatakan sebelum memperkatakan persoalan yang lain, kerana yang lain itu merupakan cabang – cabang manakala akidah adalah pokok dan dari pokok itulah terbitnya dahan – dahan, ranting – ranting dan daun – daun yang merupakan ciri – ciri iman dan Islam.

Akidah ertinya pegangan. Bila disebut akidah Islamiah ertinya konsep ketuhanan, kerasulan, malaikat, kitab, hari akhirat serta qada’ dan qadar.

Tanpa sebarang pegangan terhadap perkara – perkara tersebut akan menyebabkan kufur atau jahiliyah. Demikian juga dalam apa jua perkataan, perbuatan atau kepercayaan yang bercanggah dengan dasar – dasar akidah adalah disifatkan kufur atau jahiliyah.Dan tidak ada sebarang istilah yang dipakai di dalam Islam antara iman dan kufur atau antara iman dan jahiliyah.

Antara contoh yang disebut di dalam Al – Quran tentang sifat – sifat jahiliyah ialah Firman Allah :

وقرن فى بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهليه الاول الاحزاب اية 33

Maksudnya : “ Hendaklah kamu ( isteri – isteri nabi ) tetap di rumah kamu serta jangan kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang – orang jahiliyah di zaman dahulu”.

Kebanyakan manusia mentauhidkan Allah dari segi Uluhiyyah tetapi tidak mentauhidkannya dari segi Rububiyyah. Allah menceritakan bahawa kaum Quraish percaya bahawa Allah yang menciptakan alam ini. Firman Allah :

ولئن سألتهم من خلق السموات والارض وسخر الشمس والقمر ليقولن الله فأنى يؤفكون العنكبوت اية 16

Maksudnya : “ Dan sesungguhnya jika engkau ( wahai Muhammad ) bertanya kepada kaum musyrik itu, siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan langit dan bulan?, sudah tentu mereka akan menjawab “ Allah” maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan oleh hawa nafsu dari mengaku keesaaan Allah dan mematuhinya”.

Tauhid Rububiyyah ertinya beriman bahawa Allah yang mentadbirkan sekelian alam, menetapkan peraturan – peraturan dan undang – undang dan mengurniakan segala apa yang diperlukan oleh makhluknya, khususnya manusia untuk membolehkan mereka hidup dan beribadat kepada Allah. Tetapi ramai di kalangan manusia yang tidak mahu mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah, malah mereka terus lupa terhadap pengurniaan Allah dan mereka menderhaka kepada – Nyadan melakukan perbagai perlanggaran terhadap pentadbiran Allah. Mereka juga meminda peraturan – peraturan yang telah menjadi sunnah Allah yang tidak mungkin dipinda. Akibat dari pindaan itu mereka menghadapi berbagai – bagai kebuntuan di dalam kehidupan mereka.

Potongan yang kedua واشهد أن محمدا رسول الله ialah mengaku tentang Ubudiyyah ( kehambaan ) dan kerasulan nabi Muhammad saw dan mengaku apa jua yang disampaikan oleh baginda adalah benar kerana para nabi dan rasul mempunyai sifat benar lagi dibenarkan dan tugas mereka menyampaikan wahyu kepada manusia. Firman Allah :

فان تولوا فلنما عليك البلاغ آل عمران اية 20

Maksudnya : “ Dan jika mereka berpaling ( tidak mahu menerima Islam ) maka sesungguhnya kewajipan mu hanya menyampaikan seruan Islam”.

Apabila seseorang fazkan dua kalimah syahadah di atas serta yakin tentang maknanya maka ia sudah dikatakan muslim dan mukmin. Manakala rukun – rukun iman yang lain sudah termasuk di bawah potongan syahadah di atas. Firman Allah :

يايها الذين أمنوا أطيعوا الل وأطيعوا الرسول و اولى الامر منكم فان تنازعتم فى شىء فردوه الى الله والرسول ان كنتم تؤمنون با الله و اليوم الاخر ذلك خير وأحسن تأويلا الاحزاب اية 59

Maksudnya : Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah ( berselisih faham ) di dalam sesuatu perkara mak hendaklah kamu mengembalikan kepada kitab Allah ( Al – Quran ) dan sunnah rasul – Nya, jika kamu benar – benar beriman kepada hari akhirat, yang demikian itu adalah lebih baik dan lebih elok pula kesudahannya”.

Orang yang beriman tidak boleh membuat pilihan sendiri di dalam sesuatu hukum malah ia mesti menerima segala hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah dan rasul – Nya. Firman Allah :

وما كان لمؤمنين ولا مؤمنة اذ قضى الله ورسوله امرا ان يكون لهم الخيرة من امرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل صلالا مبينا الاحزاب اية 26

Maksudnya : Tidaklah harus bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan rasulnya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum – hukum Allah dan Rasulnya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.

Orang yang beriman dilarang berkasih – kasihan dengan orang yang memusuhi Allah dan Rasulnya, kerana perbuatan itu dengan sendirinya memusuhi Allah dan Rasul – Nya.

Orang yang beriman hendaklah mengerjakan segala perintah Allah dan Rasul – Nya dan menjauhi apa jua larangan – Nya kerana Iman itu bukan semata – mata percaya malah mestilah disertai dengan perbuatan.

Ada orang menganggap bahawa tidak boleh dipaksa di dalam perkara agama ertinya diberi kebebasan kepada seseorang sama ada hendak mengerjakan ibadat atau tidak. Mereka berdalil dengan firman Allah :

لا اكراه فى الدين البقرة اية 256

Maksudnya : “ Tiada paksan dalam Islam”.

Sebenarnya ayat di atas bukanlah menjadi dalil bagi mereka kerana apa yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah tidak boleh memaksa orang – orang kafir supaya memeluk agama Islam. Kerana kebenaran Islam telah jelas dan tidak perlu memaksa mereka menerimanya. Ini dapat difahamkan dari sambungan ayat tersebut :

قد تبين الرشد من الغى

Maksudnya : Telah nyata kebenaran Islam dari kekufuran

Sebagai contohnya, orang – orang asing yang datang ke Malaysia sebagai pelawat, kerajaan Malaysia tidak berhak memaksa mereka menjadi warganegara Malaysia tetapi sekiranya mereka memohon menjadi warganegara Malaysia dan permohonan mereka diluliuskan maka mereka diwajibkan mematuhi undang – undang dan peraturan negara. Kerajaan juga berhak menghukum ke atas mereka yang melanggar undang – undang negara.

Monday, October 20, 2008

JAMUAN AIDILFITRI ISIUKM


ramah mesra bersama-sama ahli ISIUKM pada majlis rumah terbuka ISIUKM baru-baru ini.

POLITIK ISLAM

PENDAHALUAN

Pada asasnya, politik Islam telah pun bermula sejak zaman nabi Muhammad s.a.w lagi. Hal ini telah terbukti setelah baginda membuat satu peraturan antara orang Islam dan Bukan Islam yang disebut sebagai “Piagam Madinah”. Apabila berbicra tentang politik Islam, perhatian umat Islam lebih memfokuskan berkaitan parti poltitik untuk bertanding dalam pihanraya. Kemudian dengan kuasa majoriti ini, umat Islam memerintah dan negara tersebut menjadi sebuah negara Islam. Kedaifan umat Islamdalam memikirkan soal politik Islam menjadikan mereka kenapa umat Islam dikalahkan oleh ideologi asing. Bila memperkatakan istilah politik, umat Islam hanya memikirkan buku-buku karangan barat,contoh “The Prince”, “The End of the History”. Mereka lupa khazanah politik umat Islam seperti kitab Ahkam As Sultaniyyah dan Siyasah Syariah dan lain-lain lagi

Jesteru, jadilah mereka orang yang meletakan politik Islam menurut perspektif barat dan kemudian diubah supaya menjadi politik yang bersesuaian dengan konteks syariat. Maka tidak hairanlah bila ada seorang bekas ‘politikus’ memfatwakan sesuatu yang asing menggunakan politik barat, bukanya politik Islam. Penerapan politik “matlamat menghalangkan cara” menjadi sandaran kepada politikus Islam samada ia sedar atau tidak sedar. Kertas kerja in cuba membincangkan scenario poltik Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Walaupun ada sesetengah golongan yang menimbulkan polimik serta mempertikaikan sitem politik yang berasaskan syariat Islam ini. Jesteru kertas kerja ini membuat sedikiti analisis dan membawa beberapa fakta untuk memberi kefahaman kepada masyarakat.


KERANGKA POLITIK ISLAM

Difinisi Politik Islam

Perkataan politik dalam bahasa arab masdar ‘sasa-yasusu-siasatan’. Politik menurut makna bahasa adalah memelihara kepentingan. Mengikut Kamus Dewan (1049: 1994), Politik ialah: ilmu pengetahuan berkenaan dengan cara pemerintahan, ilmu siasah, ilmu kenegaraan.

Suhbi Soleh mengemukan definisi politik seperti berikut:

  1. Mentadbir dan mengelolakan sesuatu urusan yang dilaksanaka
  2. Memperbaiki atau meningkatkan martabat mahkluk dengan memimpin mereka ke jalan selamat di dunia dan akhirat
  3. Seni pemerintahan dan pentadbiran negara yang melibatkan aktiviti-aktiviti dalaman dan polisi luar negara
  4. Mentadbir urusan kehidupan berasaskan keadilan dan jalan yang lurus

Politik dalam konteks masyarakat Islam adalah dikaitkan dengan istilah siyasah. Ali Syariati memberikan takrif siasah dari segi bahasa sebagai mengajar kuda yang liar. Perkataan ini mengandungi pengertian-pengertian yang merangkumi aspek pendidikan, pembaharuan dan penyempurnaan. Menurut beliau lagi, bentuk pemerintahan seperti ini dilihat dari sudut istilah politik merupakan tugas yang berfungsi mengubah dari masyarakat dari satu keadaan spiritual, moral, intelektual dan sosial tertentu menuju kepada kondisi spiritual, moral intelektual dan sosial yang di dalamnya mengandungi maksud mewujudkan kesejahteraan bagi mereka.

Pengertian tesebut walaupun berbeza diantara satu sama lain, namun matlamat akhir yang hendak dicapai ialah mewujudkan keadilan dan kesejahteraan masyarakat. Ini dapat direalisasikan melalui usaha-usaha untuk mentadbir masyrakat dan negara menurut cara yang terbaik dan saluran yang betul. Islam pula melihat usaha ini dapat dicapai jika umatnya memberi komitmen mengikut model kepimpina Rasulallah.

3.2 Teori dan politik Islam

Teori politik Islam yang diketengahkan dari dahulu sehingga ke hari ini hanyalah untuk menguasai dunia berdasarkan kepada pemerintahan secara adil menurut Islam. Tujuan utama politik Islam adalah mengharapkan negra-negara Islam dan negara-negara lain tunduk dan patuh dibawah naungan Islam.

Antara matlamat utama yang dibawa oleh politik Islam:

  1. membetulkan keimanan
  2. melindungi nyawa
  3. melindungi harta