Thursday, July 16, 2009

MANEK URAI: PERLU DIMUHASABAH DAN DIJADIKAN IKTIBAR KEPADA SEMUA PENDOKONG & PENYOKONG PAS


Peristiwa Uhud , Hunain

dan Manek Urai

(Ustz. Nasarudin Tantawi KP PAS Pusat)

1. Majoriti kecil yang dicapai oleh PAS dalam pilihanraya kecil Manek Urai tentu sahaja mengundang pelbagai reaksi dan komentar . Bagi pihak UMNO dan BN tentu sahaja mereka gembira kerana berjaya mengurangkan majoriti undi PAS .

2. Bagi PAS tentu sahaja pimpinan tertinggi khasnya Jabatan Pilihanraya PAS Pusat dan Negeri akan mengadakan bedah siasat [ post mortem ] untuk melihat faktor sebenar penurunan ketara undi majoriti yang pernah diperolehi oleh PAS sebelum ini . Saya yakin ia akan dilakukan secara telus dan jujur untuk melihat senario yang benar dan tepat ekoran keputusan pilihanraya kecil manek urai yang sangat ajaib [ pinjam istilah Dr. Abu Hassan ]

3. Saya tidak berhak untuk mengganggu atau mendahului keputusan post mortem tersebut . Sama - sama lah kita tunggu dan lihat kelak apakah faktor sebenar yang membentuk keputusan Pilihanraya kecil Manek Urai tersebut . Cuma saya ingin menyentuh beberapa perkara sebagai iktibar umum kita bersama dan harapnya dibaca sekali dengan Risalah dan Iktibar dari Hunain yang dipostkan pada bulan february yang lalu .

4. Menang kalah dalam pertarungan dan perjuangan tentunya mempunyai iktibar yang perlu diteliti , demikian juga menang besar atau kecil skalanya mempunyai hikmah yang perlu dihayati . ianya menjadi proses muhasabah yang diajar oleh agama kepada kita . Namun jiwa mesti tenang , aqal wajarnya rasional dan niat layaknya tulus dalam mengamati iktibar dan menekuni hikmah . Jika tidak , segalanya berlalu tanpa nilai .

5. Marilah kita baca sekali lagi ayat dari surah at Taubah ini dan kalau boleh ambil sedikit masa untuk meneliti sejarah panjang dan cukup menginsafkan bagaimana perjalanan kisah Hunain daripada buku - buku atau kitab sirah lalu dipadankan dengan ayat ini :

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ

فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ

Sesungguhnya Allah swt telah menolong kamu dalam banyak medan peperangan dan hari peperangan Hunain ketika kamu dijangkiti penyakit ujub [ kagum diri / rasa diri hebat ] dengan sebab ramainya jumlah bilangan bala tentera kamu , maka ia ia sebenarnya tidak boleh mendatangkan apa - apa faedah [ keistemewaan/kemenangan ] kepada kamu di medan perang itu sehingga bumi yang luas dirasakan sempit oleh kamu kemudian kamu berpaling undur melarikan diri .


ثُمَّ أَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَى رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَنْزَلَ جُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا

وَعَذَّبَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ

Kemudian Allah swt menurunkan semangat ketenangan ke atas RasulNya dan ke atas orang - orang yang beriman dan Allah swt menurunkan bala tentera yang tidak dapat kamu melihatnya serta ia menyeksa orang - orang yang kufur dan demikian itulah balasan bagi orang - orang yang kufur .


ثُمَّ يَتُوبُ اللَّهُ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Kemudian Allah swt menerima taubat orang - orang yang Dia kehendaki [ memberi hidayah memeluk Islam ] sesudah itu dan Allah swt Maha pengampun lagi maha Penyayang .

Surah at Taubah : Ayat : 25 - 27

6. Ayat ini menceritakan kisah Hunain . Pada prinsipnya ciri - ciri yang terdapat pada Hunain sama dengan peperangan Uhud . Perbezaan antara keduanya ialah cara pendekatan salah yang dilakukan pada kedua - duanya . Peristiwa Uhud kerana terpengaruh dengan harta benda rampasan yang berselerak ditinggalkan oleh musuh di awal pertempuran . Akhirnya mereka tidak patuh perintah Rasulullah saw dan sedikit pertelagahan berlaku sesama tentera dan jentera . Adapun Peristiwa Hunain pula berpunca daripada bermegah dengan jumlah yang ramai dan kekuatan yang dimiliki .

7. Kedua - dua peristiwa tersebut memberi pengajaran yang pahit kepada generasi awal Islam . Sementara kita generasi mutaakhir ini sewajarnya mempelajari risalah dan menghayati iktibar dari pengalaman silam . Betapa harta dan kemenangan sering mendorong kita alpa dan teruja dengan pencapaian lalu meletakkan kita di awangan .

8. Setelah kita membaca pula Peristiwa Manek Urai , marilah kita segera insaf dan berdoa kepada Allah swt agar mengurniakan thabat [ teguh pendirian dalam perjuangan ] kepada kita sementara dibekalkan pula kekuatan dan pedoman untuk keluar dari belenggu kealpaan yang melilit tubuh dan menjerut leher kita .

9. Ya Allah ! kami yakin akan kebesaranMu sebagaimana kami juga yakin bahawa kemenangan adalah dari kurniaanMu . Keputusan MU [ Manek Urai ] turut menginsafkan kami bahawa kemenangan Islam bukan bergantung semata - mata kepada strategi kami tetapi jua dari pertolonganMu sebagaimana firman dari surah at taubah ayat 25 - 27 .

Ya Allah ! Kemenangan Islam bukan dari sesiapa dan bukan juga dari barakah atau karamah sesiapa , justeru itu Saiyidina Umar al Khattab rha. menamatkan tempoh perkhidmatan Khalid al Walid di medan perang selaku komander kerana mahu memastikan aqidah para sahabat benar dan sohih bahawa menang kerana pertolongan Allah swt bukan menang kerana kehebatan Khalid al Walid .

Ya Allah ! Kami yakin kemenangan Islam hanya berpaksi kepada keutuhan berjamaah dan keintiman berikhuwwah justeru firmanMu bahawa PertolonganMu turun bersama jamaah yang utuh dan mantap .

Ya Allah ! Kami juga yakin bahawa kemenangan dan pertolonganMu hanya berhak dimiliki oleh pejuang yang merendah diri , hampir mengabdi diri kepada mu , bebas dari pra sangka yang membusuk di dada , jauh pula dari sikap dendam kesumat yang membinasakan .

Ya Allah ! kami yakin bahawa kemenangan tegak di atas segala sifat mahmudah sebaliknya mazmumah akan merosakkan segalanya .

Ya Allah ! keputusan MU [ Manek Urai ] menunjukkan masih tersimpan rasa kasih dan sayangMu buat kami yang alpa . Semoga Engkau pulihkan semula keyakinan kami dan kembalikan kekuatan kami buat mendepani segala cabaran demi mendaulatkan agamaMu ya Allah !

KITA TAK MENANG SEMUA

Di Manek Urai, saya katakan bahawa Pas menang di atas kertas. Dan, izinkan saya untuk berkata, Pas tewas dari sudut-sudut tertentu. Walau pun secara rasminya, yang diambil kira ialah keputusan di atas kertas, namun sebagai gerakan Islam kemenangan di atas kertas sahaja tidak memadai.

Apabila saya kata Pas tewas dari sudut-sudut tertentu, bukan bermakna Umno menang dari sudut yang Pas kalah itu, tidak. Di Manek Urai, Umno tewas di atas kertas dan tewas juga dari semua sudut. Malah, dimana-mana pun, walau pun Umno menang, mereka tetap kalah dari sudut-sudut lainnya.

Mengapa saya berani berkata Pas kalah dalam beberapa sudut di Manek Urai?

Saya sayangkan Pas dan saya tidak mahu Pas kalah dari sudut mana pun. Sebab itu, apabila Pas menang di Manek Urai saya suka, tapi dalam masa yang sama banyak sangat perkara yang menyesak dan mengasak benak saya, sehingga saya berani menyimpul, Pas kalah dalam banyak sudut.

Saya tidak suka menyebut secara khusus sudut-sudut itu bimbang disalah tafsirkan. Namun, sesiapa yang berada di Manek Urai dan terlibat secara aktif, mereka akan terhidu beberapa sudut yang boleh dikatakan sebagai ‘Pas kalah’ dari sudut itu.

Untuk menggambarkan sudut-sudut kekalahan itu, izinkan saya mengungkapkannya dalam bentuk pertanyaan untuk menjadi renungan.

  • Adakah benar kita menyertai PRK Manek Urai dalam suasana kasih-sayang dan ikatan persaudaraan berasaskan jamaah teruji dan longgar?
  • Mengapa ada yang boleh turun dan ada yang tidak, ada poster yang boleh terpamer dan ada yang tidak?
  • Benarkah ada pihak yang mengambil kesempatan gelanggang terbuka ini untuk menuding jari dan menjeling tajam kepada orang-orang tertentu?
  • Mengapa dibiarkan ahli-ahli gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab?
  • Betulkah mereka yang berada di luar Pas yang bersedia membantu kita, turut merasa rimas dan lemas dengan kerenah sesama kita?
  • Benarkah ada orang yang merasa dirinya bijak dan hebat sehingga menafikan kebolehan dan keupayaan orang lain?

Cukup sekadar itu.

Bagi saya, itulah sudut-sudut yang kita kalah. Saya tidak bermaksud Umno menang dari semua sudut itu, tidak. Dan, Pas tidak kalah dalam sudut-sudut itu kepada Umno.

Kalau begitu, Pas kalah kepada siapa?

Bagi saya, dalam sudut-sudut tadi Pas kalah kepada kepentingan-kepentingan, desakan-desakan, asakan-asakan dari dalam diri pendokongnya sendiri.

Apa desakan, asakan dan kepentingan itu? Saya ada jawapannya tetapi saya tidak sampai hati untuk menyebutnya di sini.

Manek Urai: Tak Terlalu Manis, Tak Terla...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Azzawajalla PAS dan Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di DUN Manek Urai. Terdapat terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil iktibar, dan kejadian ini sememangnya banyak kebaikan dan hikmat khususnya dalam usaha kita mentadbir negara di peringkat pusat.

1. Pengarah Pilihanraya PAS;

Tindakan sdr. Abdul Fatah Harun selaku Pengarah Jentera Pilihanraya jelas mencerminkan kekurangan pengalaman kerana memberikan isyarat kepada media berkenaan kemenangan 'lebih 2000 undi' walaupun tidak dapat dibuktikan. Ini mencerminkan perjalanan pengurusan kempen yang dibuat dengan perasaan 'PAS sudah pasti menang'. Sekiranya PAS kalah, bagaimana mungkin dapat kita memperbetulkannya?

2. Perbalahan yang berterusan sama ada dalaman mahupun antara komponen PR;

Isu Timbalan Presiden PAS dan TG Nik Aziz, TG Hadi Awang dan Husam Musa, tidak dilupakan 'sengketa' antara ahli PR di Selangor dan Pulau Pinang, menjejaskan semangat petugas dan peraih undi. Ia tidak menjejaskan pengundi, tetapi rakyat kurang menerima perayu undi yang dapat dilihat semangat mereka lemah dan tidak bermaya. Isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang dan boikot Hindraf sedikit sebanyak mempengaruhi.

3. 'Adaabul Ikhtilaaf' atau kaedah menegur sesama pimpinan PR secara terpuji;

Sehingga kini, Pakatan Rakyat masih gagal membuktikan bahawa 'keterbukaan' dalam pimpinan berbanding sifat 'yes man' boleh diterima rakyat sebagai sesuatu yang positif. Setiap ucapan, kritikan dan masalah komunikasi yang melanda dilabel sebagai 'skandal, boikot dan tanda perpecahan'. Kemungkinan bagi pimpinan itu sendiri perkara ini tidak begitu besar, tetapi kesannya kepada keyakinan rakyat tidak dapat dinafikan. After all, "politics is based on perception, not actual truths - Amir Hamzah Amha, 2009"

4. Jambatan yang tidak berupaya dibina selama 19 tahun PAS memerintah.

Sememangnya isu jambatan yang menghubungkan kawasan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru sememangnya suatu yang sensitif. 5 unit peti undi di DUN Manek Urai mengaku bahawa 'umpan jambatan BN' sememangnya menggiurkan walaupun ia jelas lagi bersuluh suatu rasuah politik. Kegagalan semua pihak agar melihat perkara ini sebagai punca utama kemenangan PAS yang sedikit ini akan menyebabkan analisa post-mortem yang salah. Bagi UMNO ia akan menjadi asas yang memakan diri sekiranya mereka menjangka UMNO sudah mula diterima rakyat, dan kepada PAS pula, kemungkinan besar PAS akan kecundang kerana jambatan baru tidak dibina walaupun sudah 19 tahun berada di bawah PAS kecuali seketika pada 2004.

Secara keseluruhannya, PAS menang sikit sebab 'Getok', bukan sebab UMNO semakin kuat. Calon profesional? saya rasa rakyat menyampah tengok calon-calon UMNO yang gemuk-gemuk nak dibandingkan pengundi yang kais pagi makan pagi, kais petang makan esok

Keangkuhan Meruntuh Jamaah

Pelbagai analisis dibuat dengan menyalahkan orang. Tetapi kita lupa yang MUHASABAH merupakan suatu senjata yang dapat menguatkan jamaah semula.

Selepas PRU12 kita angkuh dan mendabik dada. Kita (PAS), sudah berehat menikmati kemenangan yang tidak seberapa serta mungkin ujian ALLAH.

Jangan terlalu angkuh dengan apa yang ada. Adakah PAS sudah menang jika kita masih tidak dapat mengungguli Pakatan Rakyat? kita PAS masih menjadi pelengkap kepada Pakatan Rakyat. jangan terlalu angkuh.. Banyak isu yang timbul hasil dari kelemahan kita yang tidak dapat mengawal Pakatan Rakyat. Islam kena memerintah bukan diperintah.. ingat lagi kata-kata itu??

kita PAS berpecah dengan matlamat mengejar kemenangan bukan keredhaan. Adakah Pakatan Menang dan memerintah PAS jugak punya suara ISLAM yang kuat? perkara ini sangat merisaukan kita. Lihat saja sekarang ini apa yang terjadi.

UMNO akan mengambil kesempatan atas kelemahan kita untuk menonjolkan diri sebagai Parti yang dapat mengambil alih tugas UMNO yang gagal. lihat saja Keangkuhan kita dengan meluaskan jurang perpecahan antara kita dengan mengenepikan Wala' pada pimpinan. mengingkirkan rakan sejemaah, seruan Pas For All serta mengambil bukan Islam sebagai Ahli.

inilah dakwah kita. mereka yang merasakan PAS mampu memerintah secara islam sepatutnya di dakwah untuk terus masuk Islam bukan membuka ruang untuk mereka terus kafir.

Ingat yang perlembagaan kita tak merubah Seruan kita walalu apa slogan yang kita laungkan seruan kita Parti Islam SeMalaysia adalah ALLAHUAKBAR!!! mana pergi seruan kita?

adakah Makkal Sakhti seruan kita? Ku rindukan Roh Perjuangan semasa Allahyarham Ust Fadzil menerajui kepimpinan Ulamak..... walaupun kemenangan dunia kita tak dapat tetapi kemenangan Disisi Allah milik kita.



Friday, November 7, 2008

KEADAAN POLITIK MALAYSIA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

Kemelut politik Malaysia dilihat sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan apabila berlaku pelbagai penyelewengan-penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin semakin serius.

Tindakan kerajaan membatalkan pembelian helicopter EC725 daripada syarikat Eurocopter baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan dan reaksi dikalangan rakyat. Pembaziran wang negara berlaku begitu besar. Skandal ini sangat serius dalam keaadaan ianya melibatkan RM 2.317 bilion. Sedangkan harga pembelian tersebut lebih mahal harganya berbanding dengan negara lain. Seandainya wang tersebut diagihkan kepada rakyat di negara ini, pastinya ia dapat menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia.

Bagi saya, penyelewengan wang rakyat sudah sampai ke suatu tahap yang sangat parah, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini yang sangat membimbangkan. Kami sebagai mahasiwa menggesa supaya Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Khas untuk menyiasat isu ini dengan lebih telus dan adil. Sememangnya rakyat tidak mengizinkan sama sekali pengkianatan terhadap wang rakyat berlaku dengan sewenang-wenangnya. Kita tidak mahu apabila pemimpin tamakkan kuasa rakyat akan menjadi mangsa.

Kebimbangan ini bertambah serius apabila keputusan mahkamah membebaskan Razak Baginda dilihat sebagai ketidaktelusan kerajaan menyelesaikan kes ini. Isu yang lebih penting ialah persepsi umum yang yakin bahawa penyiasatan ini tidak dijalankan dengan profesional dan bebas.

Saya merasakan keputusan mahkamah untuk membebaskan Razak Baginda telah dipengaruhi oleh kuasa politik. Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku , bagi saya, ini adalah satu tindakan yang berbahaya dan akan mencemarkan badan kehakiman di Negara ini. Keputusan mahkamah tersebut tidak akan meredakan persoalan-persoalan yang timbul dalam kes Altantuya, malah menimbulkan kesangsian ramai .

Kes ini mendapat perhatian masyarakat dunia. Masyarakat dunia dan rakyat sudah hilang kepercayaan lagi dengan sistem dan kehakiman di Malaysia.

Kita mengharapkan kerajaan dapat membuat satu perubahan yang drastik dalam pentadbiran negara untuk meyakinkan semula kepercayaan masyarakat dunia dan rakyat di negara ini. Tindakkan segera perlu diambil demi menjamin kestabilan politik terus berada pada tahap yang baik.


Tuesday, November 4, 2008

Salam Perjuangan Kepada Sahabat2ku Sekalian..

Terlebih dahulu aku memohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana menyepi seketika disebabkan kesuntukan masa dan beberapa masalah yang menimpa diriku, menyebabkan cetusan warkah tidak dapat dikongsi dengan sahabat2 sekalian.

Menjadi lumrah didalam diary seorang perjuang, masalah dan halangan inilah akan mendidik jiwa dan merasakan diri ini sebagai hamba yang begitu hina, serta berusaha untuk mendekatkan hubungan dengan Allah..lebih-lebih lagi merasakan kelompangan amalan2 yang masih belum dapat ditampung serta bebanan dosa yang ditanggung masih belum terhapus..

Cabaran ini bukanlah menjadi satu halangan untuk meneruskan kesinambungan menyampaikan risalah suci ini kepada seluruh umat manusia… bagiku semua ini akan menjadi satu suntikan semangat untuk terus mendaulatkan syiar Islam di bumi ini..

Sebelumku pergi lebih jauh, dikesempatan yang ada ini, masih belum terlambat ku ucapkan selamat menghadapi final exam 2008 kepada sahabat2 semua. Harapanku semoga kalian dapat mengulangkaji dengan sebaiknya..dan jangan lupa pergatuangan kita kepada Allah, dialah penentu segala-galanya..sering ku mohon doa kepadanya Ya Allah sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan, maka kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara, dan sekiranya kejayaanku membuat aku jauh daripada Islam dan perjuangan, maka kau lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku..”

Kuharapkan kepada sahabat2 sekalian janganlah menjadikan tempoh ini sebagai alasan untuk mengabaikan tugas2 kewajipan dakwah. Biarlah didalam setiap waktu diperuntukan satu minit untuk memikirkan tentang perjuangan..

Tugas-tugas dakwah masih banyak belum diselesaikan dan akan menjadi tangujawab kepada kita utntuk menyelesaikanya.. Kerana matlamat pejuangan masih lagi jauh dihadapan, ia memerlukan kepada kesungguhan, kesabaran dan keazaman yang begitu kuat untuk mencapai matlamat tersebut..

Kemuncup2 didalam perjuangan hendaklah diabaikan kerana ia akan membantutkan perjuangan. Segala masalah dan cabaran yang dihadapi dalam perjuangan akan menjadikan diri lebih matang untuk berhadapan dengan kepelbagaian madu’ diluar sana..

Berkat usaha gigih kalian. Insyaallah, Allah tidak akan memungkirkan janjinya bahawa pertolongan daripadanya sudah pasti ada, cuma masa yang menentukanya.. berdoalah selalu supaya kita mati dalam perjuangan Islam seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad s.a.w "Wahai hati yang berbolak balik, tetapkanlah hati dalam agamamu". Apa yang aku harapakan sebelum melangakahkan kaki aku dari bumi UKM tidak sabar aku menantikan kegemilangan Islam bersinar dibumi UKM yang ku cinta ini..kerana disinilah tempatku dididik dan ditarbiah sebelum menerjah kelapangan yang sebenar yang penuh dengan cabaran dan dugaan

Sekianlah sahaja coretan warkahku ini, ku mohon beribu2 kemahaafan sekiranya ada terkasar bahasa, salah dan silap harap dimaafi..YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH YANG LEMAH ITU DATANG DARI KELEMAHAN DIRIKU SEBAGAI INSAN YANG HINA INI..

Wasalam…

Friday, October 24, 2008

GERAKAN MAHASISWA ISLAM DI IPT


SUARA KAMPUS MELEDAKAN PERUBAHAN

Kata-kata laungan keramat “Dunia ini adalah milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah! Ya, ungkapan ini ada kebenaranya yang tersendiri apabila apabila kita menyemak lipatan sejarah memgenai episod perubahan politik dan sosial yang berlaku di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Rasulullah s.a.w dibangkitkan dengan anak muda yang berani menentang arus jahiliyyah serta sanggup berdada dan menyingsing lengan dengan penguasa yang zalim. Madrasah Nabi s.a.w telah melahirkan ramai pemuda-pemuda dakwah seperti Mus’ab bin Umair, Talhah bin Abi Ubaidillah, Zubair bin al Awwam, Saidina Abu Bakar, Utman bin Affan, Arqam bin Abi Arqam, mereka adalah anak-anak muda yang terasuh dengan semangat yang kental oleh baginda Nabi s.a.w.

Dekad 90-an reformasi adalah laungan keramat yang dikumandangkan oleh mahasiswa-mahasiswa di tengah jalan raya pada bualn Mei 1998 di Jarkarta dengan tekad untuk menggulingkan regim Soerharto. Kebobrokan order baru ini selama 32 tahun sangat menjolok mata di negara 240 juta penduduk dan sarat dengan kemiskinan tegar walaupun mempunyai hasil bumi yang lumayan. Lebih lagi apabila kekyaan negara apabila telah dibolot oleh elit ekonomi kaum China dengan persengkokolan mereka dengan politikus yang korup. Empangan kesabaran akhirnya pecah, pelajar-pelajar Universiti telah turun ke jalanraya menuntut perubahan dan keadilan untuk rakyat dan akhirnya menyaksikan tiga orang pelajar Universiti Trisakti telah menjadi korban dalam peristiwa bantahan ini, kematian siswa inilah menjai titik permulaan membawa kepada kerusuhan yang lebih besar sehingga Soerharto di lunsurkan daripada takhtanya.

Catatan di atas hanyalah sekelumit sketsa dan potret perjuangan mahasiswa menggerakkan arus perubahan rakyat. Regim tirani di sepanjang denai sejarah sering tersungkur berhadapan dengan gerakkan pelajar dan inilah menjadi alasan mengapa regim yang korup akan merantai dan mengatup rapat suara daripada kampus.

Suara mahasiswa adalah suara keramat yang menjadi cerminan kepada kegelisahan rakyat marhain. Laungan nyaring mereka adalah detak hati yang merindui masyarakat adil tetegak di atas muka bumi tercinta ini.

Thursday, October 23, 2008

UNDANG-UNDANG ISLAM

UNDANG-UNDANG ISLAM PERLU DILAKSANAKAN BAGI MENYELAMATKAN MARUAH UMAT ISLAM

Sensitiviti umat Islam tercabar, apabila isu Nor'Aisyah Bokhari yang cuba dimurtadkan mengemparkan nega- ra, sehingga kini kehilangan Nor'Aisyah masih menjadi tanda tanya, di manakah dia menghilang ?

Pelbagai pihak memberi reaksi, namun ini bukanlah perkara yang pertama kalinya berlaku, sejak dari kes Natrah, Noor Baizura Abdullah hinggalah mutakhir ini Nor' Aisyah Bokhari dan akhir-akhir ini tampil beberapa individu mendedahkan kes murtad yang berlaku dikalangan ahli keluarga mereka.

Sebelum kes Nor'Aisyah, Harakah juga pernah mendedahkan beberapa kes murtad seperti Hartina Kamaruddin iaitu seorang wanita India Muslim dan Norfadzillah Abdul Aziz.

Walaupun kes Hartina dan Norfadzillah adalah kes pertukaran kepada agama Hindu, namun timbul persoalan di sini, keberanian gerakan Kristian dan gerakan Hindu memurtadkan umat Islam di negara ini. Apa yang menyedihkan lagi, pihak kerajaan membiarkan sahaja satu demi satu umat Islam dimurtadkan dan amatlah jelas Kerajaan Barisan Nasional lalai dan alpa serta membenarkan komplot tersebut membuat kerja-kerja yang boleh membakar sensitiviti umat Islam.

Pihak polis, Persatuan Ulama', Persatuan Pelajar-pelajar Universiti dan PAS telah mengambil inisiatif dan menunjukkan keperihatinan dalam dalam menangani isu ini dengan mengeluarkan kernyataan masing-masing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim telah mengginggatkan keluarga Joseph Arnold supaya isu Nor'Aisyah ini tidak menjadi seperti isu Natrah di Singapura yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di pulau itu. Apa yang jelas pihak polis menghendaki semua pihak yang terbabit dalam kes tersebut tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan.

Kes Nor'Aisyah ini telah membuka mata umat Islam bahawa 5,000 umat Islam murtad telah sepanjang pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di bumi Malaysia. Pelbagai pihak mendesak menteri di Jabatan Perdana Menteri meletak jawatan ekoran kegagalannya menangani kes murtad ini.

Tapi apa yang mendukacitakan kita kernyataan "Kita sedang mengkaji berhubung perkara murtad" yang dikeluarkan oleh 'Mid bin Man' menteri tersebut, mengaibkan dan tidak layak dikatakan sebagai seorang yang menjaga hal ehwal agama Islam di negara ini. Apakah perlu dikaji lagi sedangkan sudah termaktud di dalam al Quran dengan jelas berhubung hukuman orang yang murtad. Apakah menteri tersebut tidak pernah membaca buku atau kitab yang diterbitkan oleh Jabatannya. Di dalam Mustika Hadith halaman 411 yang diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri ada menjelaskan tentang hukuman orang yang murtad.

Pak Menteri kita pun mendendangkan nadanya dengan berkata "kita perlu berhati-hati menangani kes ini kerana dunia sedang memerhati kita". Apakah lupa beliau siapakah yang sedang memerhati ? Di bumi manakah beliau sedang berpijak ? Di manakah beliau sedang perpayung ? Tidakkah beliau terfikir ada kuasa yang Maha Agung sedang memerhatikannya.

Kita ingin bertanya di manakah Pergerakan Pemuda UMNO yang selama ini sibuk dengan strategi mengumpul wang dan meningkatkan rizab negara. Apakah penderian mereka berhubung dengan soal maruah dan akidah umat Islam ? Apa yang jelas Pergerakan Pemuda UMNO tidak peka dengan permasalahan sensitiviti umat Islam, malah mereka ini terus memekak telinga dan mebisu kelu. Apakah mereka ingin melihat lebih ramai lagi umat Islam murtad, maka barulah mereka ingin bertindak ?

Sekiranya undang-undang murtad tidak dijalankan maka sudah pastilah murtad kekal tanpa penghujung dan adalah menjadi tanggungjawab umat Islam menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang bagimemastikan terpacaknya Daulah Islamiah di bumi Malaysia ini

Sikap dan kepekaan PAS haruslah dipuji di mana Badan Bertindak Anti Murtad telah melancar- kan. Kempen meyebarkan 100,000 poster yang bertajuk "Ya Aisyah! Kembalilah kepakuan Islam dan Ibubapamu". Pejabat Harakah juga dihujani dengan pelbagai pangggilan telefon dari seluruh pelusuk negara.

Tidak mempunyai pendidikan agama yang cukup dan sempurna, suasana sekeliling yang tidak menjadi benteng kepada pencegahan gejala murtad dan tekanan ekonomi merupakan faktor penyebab kepada kegawatan masalah ini.

Selain itu kelemahan sistem pendidikan Islam yang tidak menekankan pengajian akidah untuk menguat dan mengukuhkan keimanan dan keislaman seseorang juga menyebabkan berlakunya gejala tersebut. Sekiranya syariat Islam tidak didaulatkan di negara kita maka akidah umat Islam begitu mudah 'diratah' oleh pihak musuh.

Menteri di Jabatan Pendana Menteri telah didesak untuk menyegerakan penggubalan undang- undang murtad sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini. Apa yang mendukacitakan selepas janji dibuat oleh menteri berkenaan, semakin ramai lagi umat Islam murtad di negara kita.

Mantam Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Mohd Noor dalam kernyataannya mendesak undang-undang murtad perlu dilaksanakan segera bagi memberi perlindungan kepada akidah umat Islam. Menurutnya lagi, selagi undang-undang ini tidak dilaksanakan, Kerajaan Barisan Nasional hanya menipu rakyat yang bergama Islam dengan berselindung disebalik slogan Islam sebagai agama rasmi.



PENDIDIKAN ANAK-ANAK

NILAI RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM PERLU DITERPKAN DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Rukun Islam mengandungi 5 perkara dan rukun Iman pula ada 6 perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail AS : Maksudnya : “Wahai Muhammad! Apakah dia Rukun Islam? Rasulullah SAW menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu". Jibrail AS berkata: "Benar jawapanmu". Jibrail AS berkata lagi: "Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia Rukun Iman?" Rasulullah SAW menjawab: "Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”. [Riwayat Bukhari]
Berdasarkan kepada Hadis di atas, maka fahamlah kita bahawa asas kehidupan kita adalah dengan menghayati Rukun-rukun yang telah diberitahu di atas. Perkara yang baik mestilah dibiasakan dari anak-anak kita kecil lagi. Kenapa pula perlu ajar sejak dari dini? Sebab tu lah yang muncul peribahasa ke simpulan bahasa ‘MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA’. Semua amalan terpuji mestilah kita mulakan dari awal kelahiran anak-anak. Apabila mereka dah terbiasa, besar nanti kita tidak akan susah hati lagi. Testimoni ada depan mata saya sendiri. Seorang ibu yang terlalu manjakan anak dia sendiri sampai selalu tak kejutkan subuh, tak mendekatkan dia dengan ajaran Islam, maka sekarang dia menderita bilamana anak dia takmaulagi solat walau umur dah besau panjang.

Alangkah kecewanya… Kemungkinannya kita perlu meminta mereka menghafalkan semua rukun ni. Selain ada dalam silibus sekolah dia, perkara ni yang lebih penting adalah silibus kehidupan. Mereka perlu difahami bahawa rukun-rukun ini akan menjadikan mereka sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syarak. Ini supaya mereka terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani. Salah satu teknik paling mega yang saya mahu cadangkan adalah perlunya kita dengan kerap sekali menyebut nama ALLAH dalam setiap nasihat yang kita tuturkan pada anak serta berusaha untuk mendidik anak-anak kita ke arah mencintai ALLAH dan RasulNya.