Tuesday, October 21, 2008

EKONOMI ISLAM

MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PEREKONOMIAN ISLAM


Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia sentiasa berusaha menterjemahkan ekonomi berasaskan Islam dalam urusan tindak-tanduk pentadbirannya. Antara aspek ekonomi yang diberikan perhatian pengenalan produk dan perkhidmatan yang selari dengan syariat Islam.Usaha ini diawali dengan penubuhanTabung Haji pada tahun 1969,penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan penawaran skim perbankan Islam.

Walaupun pada awalnya masyarakat, termasuk yang Islam, meragui dan sinis terhadap usaha kerajaan memperkenalkan perkhidmatan “berbau Islan”ini, kini sambutan terhadapnya semakin baik.Sedikit demi sedikit masyarakat Islam sudah mengalihkan urusanya kepada perbankan Islam.

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadziah,Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, melihat “Halal”sebagai jenama yang meliputi aktiviti ekonomi yang lebih luas.Selain perbankan Islam, produk dan perkhidmata Islam dipelbagaikan dengan meneroka industri halal pula.Hal ini demikian kerana industri perdaganagan halal dunia menjana pulangan sekurang-kurangnya AS$580 bilion dan Malaysia hanya menikmati satu hingga dua peratus sahaja.Dalam hal ini, pengusaha Islam perlu merebut peluang yang selama ini dimanfaatkan oleh orang bukan Islam.

Industri halal tidak tertumpu pada produk makanan halal sahaja.Menurut Mohamad Sofee Razak dalam makalah Malaysia “Sebagai Pusat Halal Dunia”,industri halal turut meliputi perkhidmatan logistic, pembungkusan, penjenamaan , pemasaran, farmaseutikal,dan dandanan diri dan kosmetik.Dalam perkataan lain perkara halal dan haram tidak tertumpu pada makanan sahaja malah lebih pada itu.Menyedari hakikat ini ISIUKM telah mengorak langkah kehadapan dengan ,menganjurkan Karnival Barangan Halal pada Februari 2008 akan datang bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa khasnya.

Kebangkitan ekonomi Islam di seluruh dunia digambarkan dengan persetujuan Perdagangan Bebas (FTA) yang menyaksikan dunia sebagai pasaran tunggal semua produk dan perkhidmatan menyebabkan banyak bank Barat, terutamanya dari Amerika Syarikat beria-ia menembusi pasaran Malaysia. Perkataan “Islamik”sudah tidak merujuk kepada politik Islam lagi tetapi kepada sistem ekonomi,kewangan dan perbankan Islam.

Penubuhan Bank al-Rajhi dari Arab Saudi di Malaysia boleh menjadi mangkin kepada gerakan pengukuhan ekonomi berteraskan Islam bukan sahaja dalam perbankan malah perkhidmatan halal yang lain.Hal ini menunjukan keyakinan bangsa asing bahawa

Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai pusat perdagangan halal dunia.

Masyarakat Islam perlu diberikan penerangan tentang ekonomi Islam,produk dan perkhidmatan Islam sejelas-jelasnya berdasarkan fakta dan hukum.Mereka hendaklah diyakinkan supaya menjadikan produk dan perkhidmatan Islam sebagai pilihan utama tanpa was-was.Apabila orang Islam menggunakan produk dan perkhidmatan Islam, orang bukan Islam juga akan turut serta memanfaatkanya.

No comments: