Friday, November 7, 2008

KEADAAN POLITIK MALAYSIA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

Kemelut politik Malaysia dilihat sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan apabila berlaku pelbagai penyelewengan-penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin semakin serius.

Tindakan kerajaan membatalkan pembelian helicopter EC725 daripada syarikat Eurocopter baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan dan reaksi dikalangan rakyat. Pembaziran wang negara berlaku begitu besar. Skandal ini sangat serius dalam keaadaan ianya melibatkan RM 2.317 bilion. Sedangkan harga pembelian tersebut lebih mahal harganya berbanding dengan negara lain. Seandainya wang tersebut diagihkan kepada rakyat di negara ini, pastinya ia dapat menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia.

Bagi saya, penyelewengan wang rakyat sudah sampai ke suatu tahap yang sangat parah, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini yang sangat membimbangkan. Kami sebagai mahasiwa menggesa supaya Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Khas untuk menyiasat isu ini dengan lebih telus dan adil. Sememangnya rakyat tidak mengizinkan sama sekali pengkianatan terhadap wang rakyat berlaku dengan sewenang-wenangnya. Kita tidak mahu apabila pemimpin tamakkan kuasa rakyat akan menjadi mangsa.

Kebimbangan ini bertambah serius apabila keputusan mahkamah membebaskan Razak Baginda dilihat sebagai ketidaktelusan kerajaan menyelesaikan kes ini. Isu yang lebih penting ialah persepsi umum yang yakin bahawa penyiasatan ini tidak dijalankan dengan profesional dan bebas.

Saya merasakan keputusan mahkamah untuk membebaskan Razak Baginda telah dipengaruhi oleh kuasa politik. Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku , bagi saya, ini adalah satu tindakan yang berbahaya dan akan mencemarkan badan kehakiman di Negara ini. Keputusan mahkamah tersebut tidak akan meredakan persoalan-persoalan yang timbul dalam kes Altantuya, malah menimbulkan kesangsian ramai .

Kes ini mendapat perhatian masyarakat dunia. Masyarakat dunia dan rakyat sudah hilang kepercayaan lagi dengan sistem dan kehakiman di Malaysia.

Kita mengharapkan kerajaan dapat membuat satu perubahan yang drastik dalam pentadbiran negara untuk meyakinkan semula kepercayaan masyarakat dunia dan rakyat di negara ini. Tindakkan segera perlu diambil demi menjamin kestabilan politik terus berada pada tahap yang baik.


No comments: