Friday, November 7, 2008

KEADAAN POLITIK MALAYSIA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

Kemelut politik Malaysia dilihat sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan apabila berlaku pelbagai penyelewengan-penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin semakin serius.

Tindakan kerajaan membatalkan pembelian helicopter EC725 daripada syarikat Eurocopter baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan dan reaksi dikalangan rakyat. Pembaziran wang negara berlaku begitu besar. Skandal ini sangat serius dalam keaadaan ianya melibatkan RM 2.317 bilion. Sedangkan harga pembelian tersebut lebih mahal harganya berbanding dengan negara lain. Seandainya wang tersebut diagihkan kepada rakyat di negara ini, pastinya ia dapat menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia.

Bagi saya, penyelewengan wang rakyat sudah sampai ke suatu tahap yang sangat parah, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini yang sangat membimbangkan. Kami sebagai mahasiwa menggesa supaya Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Khas untuk menyiasat isu ini dengan lebih telus dan adil. Sememangnya rakyat tidak mengizinkan sama sekali pengkianatan terhadap wang rakyat berlaku dengan sewenang-wenangnya. Kita tidak mahu apabila pemimpin tamakkan kuasa rakyat akan menjadi mangsa.

Kebimbangan ini bertambah serius apabila keputusan mahkamah membebaskan Razak Baginda dilihat sebagai ketidaktelusan kerajaan menyelesaikan kes ini. Isu yang lebih penting ialah persepsi umum yang yakin bahawa penyiasatan ini tidak dijalankan dengan profesional dan bebas.

Saya merasakan keputusan mahkamah untuk membebaskan Razak Baginda telah dipengaruhi oleh kuasa politik. Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku , bagi saya, ini adalah satu tindakan yang berbahaya dan akan mencemarkan badan kehakiman di Negara ini. Keputusan mahkamah tersebut tidak akan meredakan persoalan-persoalan yang timbul dalam kes Altantuya, malah menimbulkan kesangsian ramai .

Kes ini mendapat perhatian masyarakat dunia. Masyarakat dunia dan rakyat sudah hilang kepercayaan lagi dengan sistem dan kehakiman di Malaysia.

Kita mengharapkan kerajaan dapat membuat satu perubahan yang drastik dalam pentadbiran negara untuk meyakinkan semula kepercayaan masyarakat dunia dan rakyat di negara ini. Tindakkan segera perlu diambil demi menjamin kestabilan politik terus berada pada tahap yang baik.


Tuesday, November 4, 2008

Salam Perjuangan Kepada Sahabat2ku Sekalian..

Terlebih dahulu aku memohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana menyepi seketika disebabkan kesuntukan masa dan beberapa masalah yang menimpa diriku, menyebabkan cetusan warkah tidak dapat dikongsi dengan sahabat2 sekalian.

Menjadi lumrah didalam diary seorang perjuang, masalah dan halangan inilah akan mendidik jiwa dan merasakan diri ini sebagai hamba yang begitu hina, serta berusaha untuk mendekatkan hubungan dengan Allah..lebih-lebih lagi merasakan kelompangan amalan2 yang masih belum dapat ditampung serta bebanan dosa yang ditanggung masih belum terhapus..

Cabaran ini bukanlah menjadi satu halangan untuk meneruskan kesinambungan menyampaikan risalah suci ini kepada seluruh umat manusia… bagiku semua ini akan menjadi satu suntikan semangat untuk terus mendaulatkan syiar Islam di bumi ini..

Sebelumku pergi lebih jauh, dikesempatan yang ada ini, masih belum terlambat ku ucapkan selamat menghadapi final exam 2008 kepada sahabat2 semua. Harapanku semoga kalian dapat mengulangkaji dengan sebaiknya..dan jangan lupa pergatuangan kita kepada Allah, dialah penentu segala-galanya..sering ku mohon doa kepadanya Ya Allah sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan, maka kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara, dan sekiranya kejayaanku membuat aku jauh daripada Islam dan perjuangan, maka kau lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku..”

Kuharapkan kepada sahabat2 sekalian janganlah menjadikan tempoh ini sebagai alasan untuk mengabaikan tugas2 kewajipan dakwah. Biarlah didalam setiap waktu diperuntukan satu minit untuk memikirkan tentang perjuangan..

Tugas-tugas dakwah masih banyak belum diselesaikan dan akan menjadi tangujawab kepada kita utntuk menyelesaikanya.. Kerana matlamat pejuangan masih lagi jauh dihadapan, ia memerlukan kepada kesungguhan, kesabaran dan keazaman yang begitu kuat untuk mencapai matlamat tersebut..

Kemuncup2 didalam perjuangan hendaklah diabaikan kerana ia akan membantutkan perjuangan. Segala masalah dan cabaran yang dihadapi dalam perjuangan akan menjadikan diri lebih matang untuk berhadapan dengan kepelbagaian madu’ diluar sana..

Berkat usaha gigih kalian. Insyaallah, Allah tidak akan memungkirkan janjinya bahawa pertolongan daripadanya sudah pasti ada, cuma masa yang menentukanya.. berdoalah selalu supaya kita mati dalam perjuangan Islam seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad s.a.w "Wahai hati yang berbolak balik, tetapkanlah hati dalam agamamu". Apa yang aku harapakan sebelum melangakahkan kaki aku dari bumi UKM tidak sabar aku menantikan kegemilangan Islam bersinar dibumi UKM yang ku cinta ini..kerana disinilah tempatku dididik dan ditarbiah sebelum menerjah kelapangan yang sebenar yang penuh dengan cabaran dan dugaan

Sekianlah sahaja coretan warkahku ini, ku mohon beribu2 kemahaafan sekiranya ada terkasar bahasa, salah dan silap harap dimaafi..YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH YANG LEMAH ITU DATANG DARI KELEMAHAN DIRIKU SEBAGAI INSAN YANG HINA INI..

Wasalam…